Student Voice
Haneza
Nationality
Malaysia
University/Institution Name
Nagoya University
Department/Faculty
Graduate School of International Development
Period of study abroad
Present Department/Faculty Graduate School of International Development Period of Study in Japan (ex. Sep 2019 to Oct 2021) April 2016 to March 2020, then, April 2021 to March 2024
What did you do before studying in Japan?
Working as a education consultant and private tutor
Why did you choose to study in Japan?
(English)
After my visit in 2015, I found Japan is an interesting country to experience studying abroad. Therefore, I gathered information about the universities, courses, and scholarships, then, I made rational observations and considerations, and then, I chose to study in Japan.
(Malay)
Selepas melawat Jepun pada tahun 2015, saya merasakan Jepun merupakan salah satu negara yang menarik untuk pengalaman belajar di luar negara. Maka, saya mengumpul maklumat tentang university, kursus-kursus dan biasiswa yang ditawarkan, serta membuat pemerhatian dan pertimbangan yang rasional, setelah itu, saya memilih untuk belajar di Jepun.
How did you prepare for studying in Japan?
(English)
While visiting Japan, I did some searching about the universities because I think it would be nice if I can study here. So, I visited some universities, gathered information directly from the school office, and sent emails to some universities that I couldn’t visit to ask about the courses they offered. After gathering all the information needed, I emailed prospective supervisors to show my interest in being supervised by them for my doctoral course. Then, one of them replied and welcomed me to apply for the course, and she is my supervisor now. However, before I was accepted to the university, I have to go through all the documentation processes and entrance exams, which are different from my country.
I started my journey as a self-financed student, therefore, I was informed by the university, I can apply for exemption fees and scholarships. Thus, I applied for both, and I got a 50% fee exemption for 3 years. The scholarship application was tough and competitive, I could not get any scholarship, but at least all those applications helped me to improve my Japanese language proficiency because I have to write and do the interview in Japanese.
(Malay)
Semasa melawat Jepun, saya membuat sedikit carian tentang universiti-universiti kerana saya fikir menarikk jika saya boleh belajar di sini. Jadi, saya melawat beberapa universiti, mengumpul maklumat dari pejabat fakulti, dan menghantar e-mel ke beberapa universiti yang tidak dapat saya lawati untuk bertanya tentang kursus yang mereka tawarkan. Selepas mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan, saya menghantar e-mel kepada bakal penyelia untuk menunjukkan minat saya untuk diselia oleh mereka untuk kursus kedoktoran saya. Kemudian, salah seorang daripada mereka menjawab dan mengalu-alukan saya untuk memohon kursus tersebut, dan dia adalah penyelia saya sekarang. Walau bagaimanapun, sebelum saya diterima masuk ke universiti, saya perlu melalui semua proses dokumentasi dan peperiksaan kemasukan, berbeza dengan proses kemasukan univerisiti di negara saya.
Saya memulakan perjalanan sebagai pelajar yang dibiayai sendiri, oleh itu, saya dimaklumkan oleh pihak universiti, saya boleh memohon yuran pengecualian dan biasiswa. Oleh itu, saya memohon untuk kedua-duanya, dan saya mendapat pengecualian yuran 50% selama 3 tahun. Permohonan biasiswa adalah sukar dan berdaya saing, saya tidak berjaya mendapatkan biasiswa, tetapi sekurang-kurangnya semua permohonan itu membantu saya meningkatkan penguasaan bahasa Jepun saya kerana saya perlu menulis dan membuat temuduga dalam bahasa Jepun.
What are you studying/researching in Japan?
(English)
My major is Education and Human Development in International Development Department, and my research topic is “A study of the national unity development among the multiethnic teenagers in Malaysia.”
(Malay)
Jurusan saya ialah Pendidikan dan Pembangunan Manusia dalam Jabatan Pembangunan Antarabangsa, dan topik kajian saya ialah "Satu kajian pembangunan perpaduan negara dalam kalangan remaja berbilang etnik di Malaysia."
What do you do in your personal time?
(English)
As a self-funded student, I have to do part-time jobs aside from studying and doing research. Nevertheless, to keep a healthy mind while living alone abroad, I practice work-life balance; go jogging, do workouts, and meet up with friends sometimes.
(Malay)
Sebagai pelajar yang dibiayai sendiri, saya perlu membuat kerja sambilan selain daripada belajar dan membuat penyelidikan. Namun begitu, untuk mengekalkan minda yang sihat semasa tinggal bersendirian di luar negara, saya mengamalkan keseimbangan kehidupan kerja; pergi berjoging, melakukan senaman, dan berjumpa dengan rakan-rakan kadang-kadang.
Please tell us about your challenges in Japan and how you overcame them.
(English)
The first thing is the language barrier. It is because the doctoral course doesn’t need to be proficient in Japanese. But, in daily life, especially when dealing with the bank, hospitals, the ward office, rent a house, utilities and etc., you need to be proficient in Japanese. I took 2 months intensive course before I came to Japan, and learned by myself while I living in Japan. I also use translator and dictionary mobile applications.
(Malay)
Perkara pertama ialah halangan bahasa. Ini kerana kursus kedoktoran tidak perlu mahir dalam bahasa Jepun. Tetapi, dalam kehidupan seharian, terutamanya apabila berurusan dengan bank, hospital, pejabat pendaftaran resident, sewa rumah, utiliti dan sebagainya, anda perlu mahir dalam bahasa Jepun. Saya mengambil kursus intensif selama 2 bulan sebelum saya datang ke Jepun, dan belajar sendiri semasa saya tinggal di Jepun. Saya juga menggunakan aplikasi mudah alih penterjemah dan kamus.
Any encouraging message and/or advice to those who wish to study in Japan.
(English)
Japan is one of the most interesting countries to study abroad. It will help to develop skills and valuable experience that you cannot get in your own country. It is an opportunity to discover new strengths and abilities, conquer new challenges, and solve new problems. Do not be afraid of the language barriers, there are many English-Japanese translators, and many people in Japan are helpful too. There are also many scholarships offers you can apply for in Japan.
(Malay)
Jepun adalah salah satu negara yang menarik untuk belajar di luar negara. Ia akan membantu membangunkan kemahiran dan pengalaman berharga yang anda tidak dapat perolehi di negara anda sendiri. Ia adalah peluang untuk menemui kekuatan dan kebolehan baharu, menakluki cabaran baharu dan menyelesaikan masalah baharu. Jangan takut dengan halangan bahasa, terdapat banyak penterjemah bahasa Jepun-Inggeris, dan ramai orang di Jepun juga membantu. Terdapat juga banyak tawaran biasiswa yang boleh anda mohon di Jepun.